Assalamu`alaikum warahmatullah,,,,
Alhamdulillah ana panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya,ana masih lagi dapat mengupdate blog ini.Syukran kathiir ana ucapkan kepada seorang insan yang mendokong ana untuk update blog ini setelah sekian lama.Almaklumla,,kekadang diri ini terleka,,kekadang dihalang pelbagai mehnah dan tribulasi,,kekadang nikmat idea tidak dikurniakan…Alhamdulillah dan InsyaAllah di saat 14 Ramadhan ini,ana akan cuba mengisi kekosongan ruangan ini sekadar termampu.
Bismillahirrahmaanirrahiim..
Izinkan ana bercerita tentang pengalaman hamba yang hina ini ketika menjejakkan dua telapak kaki ke daerah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak beberapa tempoh yang lalu.Meskipun tidak sampai 24jam ana di sana,Alhamdulillah jiwa ana terasa sedikit terisi dek keindahan dan aura yang Allah kurniakan kepada pandangan dan jiwa hamba-Nya yang lemah ini ketika berada di sana.
Ana tidak ada rezeki untuk menjelajah ke seluruh pelusuk daerah UIA itu kerana kekangan masa yang menghantui jiwa ini.Bagi mereka yang telah pun sedia ma’lum tentang persekitaran dan suasana di daerah UIA ini,mohon maaf la andai tersilap kata dalam menghuraikan personaliti UIA Gombak ini dan mohon perbetulkan segala kesalahan yang ada.(^____________^)
No comments:
Post a Comment