Monday, 17 October 2011

ASAS..

Bulu tangkis RCL mendarat  jauh melepasi baseline. “21-18..!”..Innalillah..kalah lagi Mal..huhuu..nak nangis ni..Abu ngan Hanif kejam..huhu”,Afiq terbaring dengan lemah gemalai. “dah2..jom balik.dah lewat dah ni.nanti letih2 ni x ber’Al-Mulk’ plak nanti”Abu Ubaidah mula bersuara dengan nada sederhana kepada sahabatnya yang turut memeriahkan suasana malam di Dewan Al Ummah.

Dengan jarak yang sederhana,empat bersahabat ini sampai ke bilik masing-masing 5 minit kemudian.Jam kini menunjukkan pukul 1.14 pagi. “Syukran Kathiir sahabat2!Nanti ada ruang dan peluang kita lawan lagi!”.Seperti kebiasaan,masing-masing berpeluk erat sebelum berpisah sebagai ‘signal’ bahawa  ukhuwwah antara mereka bukannya ibarat kaca murah yang mudah retak atau pecah. Senyuman manis terukir di bibir Hanif apabila teringat kisah lampau yang menemukan roh dan jasadnya dengan tiga banin soleh.Abu Ubaidah,Afiq,Kamal.

Bersahabat penuh erat sejak Court Master UNISZA  ditundukkan pada Arena Badminton Tertutup Muslimin UNiSZA tahun lalu.Abu Ubaidah meraih takhta ‘Court Master’ tersebut selepas menundukkan Akh Faruq Ahmad,pelajar tahun akhir jurusan Pengajian Islam.Hanif,Afiq dan Kamal.Masing-masing menjadi ahli jawatankuasa penganjur.Tertarik dengan sikap terbuka dan rendah hati mereka,Abu Ubaidah mendapatkan Hanif dan menyapa lembut, “Assalamu’alaikum syeikh.ana Abu.Abu Ubaidah”.

“ana Afiq.Tahniah ye syeikh Abu.enta dah kalahkan juara bertahan UNiSZA..hehe”.Afiq melebarkan senyuman sambil memperkenalkan diri.Afiq sememangnya berminat dengan sukan badminton.Sebab itulah sapaan Abu Ubaidah untuk Hanif disambutnya dengan riang.Minat untuk berkenalan dan mendapatkan kenalan baru.Lebih-lebih lagi mereka yang berkecimpung dalam arena sukan badminton.

“haish..enta ni afiq!tak baik menyampuk tau.nanti silap orang,dapat rasa `penampar kapit’ baru padan muka..!”,Kamal menepuk bahu kanan Afiq dengan fail data Arena. “Alaa..biar la..hero ni..apa salahnya menyampuk sekali sekala kan…”,dijuih bibirnya kepada Kamal. “Salam Ukhuwwah Fillah semuanya.ismi Abu Ubaidah”. “Ana Kamal”. “Ana Hanif”. “dan sekali lagi ana ingatkan kalian,ana Afiq..!”…

**********************************************************************************************************

“Astaghfirullah..!”Siri Motivasi Pagi radio IKIM.fm kedengaran samar.Hanif lupa untuk menutupnya malam tadi.Tertidur ketika mendengar Siri Muhasabah Diri jam 2 pagi tadi selepas bersiap-siap untuk tidur.Hanif bergegas ke bilik air untuk berwudhu’.Insan bernama Hanif terlewat.Jam sudah pun menunjukkan pukul 6.45 pagi.Solat Subuh belum lagi ditunaikan.Solat Sujud Tilawah.Letih semalam masih bersama jasad.

“Allahu akbar!”Lafaz takbir yang menjadi rukun solat syahdu kedengaran di bilik solat.Seorang muslim berdiri tegak dalam keadaan sedikit tertunduk.Rukun demi rukun.Silih berganti mengikut tertib.Doa Qunut dibaca tenang.Mata sedikit terpejam tanda menghayati setiap bait doa Qunut.Matahari bakal terbit beberapa minit sahaja lagi.Syuruk apatah lagi.

Rukun Solat terakhir selamat dilaksanakan.Tertib.Hanif tertunduk.Merenung sedalam-dalamnya sejadah putih yang diduduki.Menghela udara pagi Jumaat sedalam mungkin sambil mata tertutup layu.“Alhamdulillah Ya Allah.Terima Kasih kerana masih memberikanku ruang untuk bersujud kepadaMu Ya Allah.Alhamdulillah”.Hanif menarik nafas lega tanda syukur.

Hari ini juz 18 dan 19 ingin di`murajaah’kan.Warkah hijau dicapai.Dicium.Kalimah-kalimah istighfar turut serta terbit bersama matahari yang mula menampakkan diri..Air mata mengalir............
..bersambung..

3 comments:

  1. salam angah..
    nie rupenye ASAS tu...
    tahniah2!! dah maju dah...hehe

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. InsyaAllah bakal diupload x lama lg.
      kesibukan sdg melanda.
      seribu kemaafan atas kesulitan ini.

      Delete