Saturday 14 May 2011

Ayuh Mengawal...

Assalamu`alaykum wbt...

Hari ini hari Sabtu. Semalam hari Jumaat. Esok InsyaAllah hari Ahad..Alhamdulillah masih lagi bernyawa ye sahabat2...Hari ni ana berhajat untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang potongan hadith yang ana rasekan  sesuai untuk dikongsi  bersama  kalian semua.

Bismillah..
Ayuh kite bersama2 merenung dan menghayati hadith2 ini…

Daripada Abu Hurairah r.a,bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Yang dikatakan orang kuat bukanlah orang yang menang bergulat(begocoh @ bergusti) tetapi yang dikatakan orang kuat adalah orang yang dapat mengendalikan dirinya pada waktu marah”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a ,bahawasanya ada seseorang berkata kepada Nabi SAW,: “Nasihatilah saya”.Baginda bersabda : “Janganlah kamu marah”.Orang itu berkali-kali meminta nasihat daripada Nabi SAW tetapi Nabi SAW tetap menjawabnya: “Janganlah kamu marah”.
(Riwayat Bukhari)

Dengan dua potong hadith ini sahaja kita dapat simpulkan bahawa aspek menahan marah sangat dititikberatkan oleh Pencipta Yang Maha Esa dan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW ..

Allahu Rabbi...

Ehm..Kalau diikutkan pengalaman ana mengenai isu menahan marah ni,fuhh..memang susah nk diungkapkan sebab ana bukanla seorang hamba Allah yang kuat dalam usaha mengawal diri tatkala kemarahan melanda diri..Memang susah nk kawal perasaan marah.Lebih2 lagi bila masalah yang datang tu bertimpa2..

Rasanya dah tiba masa ana buat perunduran diri buat sementara waktu..Marilah sama2 kita berdoa agar ape yang kita hayati sebentar tadi mendapat tempat untuk diterapkan di dalam taman rohani kita.
Amiin…

No comments:

Post a Comment