Monday, 17 October 2011

ASAS..

Bulu tangkis RCL mendarat  jauh melepasi baseline. “21-18..!”..Innalillah..kalah lagi Mal..huhuu..nak nangis ni..Abu ngan Hanif kejam..huhu”,Afiq terbaring dengan lemah gemalai. “dah2..jom balik.dah lewat dah ni.nanti letih2 ni x ber’Al-Mulk’ plak nanti”Abu Ubaidah mula bersuara dengan nada sederhana kepada sahabatnya yang turut memeriahkan suasana malam di Dewan Al Ummah.

Dengan jarak yang sederhana,empat bersahabat ini sampai ke bilik masing-masing 5 minit kemudian.Jam kini menunjukkan pukul 1.14 pagi. “Syukran Kathiir sahabat2!Nanti ada ruang dan peluang kita lawan lagi!”.Seperti kebiasaan,masing-masing berpeluk erat sebelum berpisah sebagai ‘signal’ bahawa  ukhuwwah antara mereka bukannya ibarat kaca murah yang mudah retak atau pecah. Senyuman manis terukir di bibir Hanif apabila teringat kisah lampau yang menemukan roh dan jasadnya dengan tiga banin soleh.Abu Ubaidah,Afiq,Kamal.

Bersahabat penuh erat sejak Court Master UNISZA  ditundukkan pada Arena Badminton Tertutup Muslimin UNiSZA tahun lalu.Abu Ubaidah meraih takhta ‘Court Master’ tersebut selepas menundukkan Akh Faruq Ahmad,pelajar tahun akhir jurusan Pengajian Islam.Hanif,Afiq dan Kamal.Masing-masing menjadi ahli jawatankuasa penganjur.Tertarik dengan sikap terbuka dan rendah hati mereka,Abu Ubaidah mendapatkan Hanif dan menyapa lembut, “Assalamu’alaikum syeikh.ana Abu.Abu Ubaidah”.

“ana Afiq.Tahniah ye syeikh Abu.enta dah kalahkan juara bertahan UNiSZA..hehe”.Afiq melebarkan senyuman sambil memperkenalkan diri.Afiq sememangnya berminat dengan sukan badminton.Sebab itulah sapaan Abu Ubaidah untuk Hanif disambutnya dengan riang.Minat untuk berkenalan dan mendapatkan kenalan baru.Lebih-lebih lagi mereka yang berkecimpung dalam arena sukan badminton.

“haish..enta ni afiq!tak baik menyampuk tau.nanti silap orang,dapat rasa `penampar kapit’ baru padan muka..!”,Kamal menepuk bahu kanan Afiq dengan fail data Arena. “Alaa..biar la..hero ni..apa salahnya menyampuk sekali sekala kan…”,dijuih bibirnya kepada Kamal. “Salam Ukhuwwah Fillah semuanya.ismi Abu Ubaidah”. “Ana Kamal”. “Ana Hanif”. “dan sekali lagi ana ingatkan kalian,ana Afiq..!”…

**********************************************************************************************************

“Astaghfirullah..!”Siri Motivasi Pagi radio IKIM.fm kedengaran samar.Hanif lupa untuk menutupnya malam tadi.Tertidur ketika mendengar Siri Muhasabah Diri jam 2 pagi tadi selepas bersiap-siap untuk tidur.Hanif bergegas ke bilik air untuk berwudhu’.Insan bernama Hanif terlewat.Jam sudah pun menunjukkan pukul 6.45 pagi.Solat Subuh belum lagi ditunaikan.Solat Sujud Tilawah.Letih semalam masih bersama jasad.

“Allahu akbar!”Lafaz takbir yang menjadi rukun solat syahdu kedengaran di bilik solat.Seorang muslim berdiri tegak dalam keadaan sedikit tertunduk.Rukun demi rukun.Silih berganti mengikut tertib.Doa Qunut dibaca tenang.Mata sedikit terpejam tanda menghayati setiap bait doa Qunut.Matahari bakal terbit beberapa minit sahaja lagi.Syuruk apatah lagi.

Rukun Solat terakhir selamat dilaksanakan.Tertib.Hanif tertunduk.Merenung sedalam-dalamnya sejadah putih yang diduduki.Menghela udara pagi Jumaat sedalam mungkin sambil mata tertutup layu.“Alhamdulillah Ya Allah.Terima Kasih kerana masih memberikanku ruang untuk bersujud kepadaMu Ya Allah.Alhamdulillah”.Hanif menarik nafas lega tanda syukur.

Hari ini juz 18 dan 19 ingin di`murajaah’kan.Warkah hijau dicapai.Dicium.Kalimah-kalimah istighfar turut serta terbit bersama matahari yang mula menampakkan diri..Air mata mengalir............
..bersambung..

Sunday, 14 August 2011


Assalamu`alaikum warahmatullah,,,,
Alhamdulillah ana panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya,ana masih lagi dapat mengupdate blog ini.Syukran kathiir ana ucapkan kepada seorang insan yang mendokong ana untuk update blog ini setelah sekian lama.Almaklumla,,kekadang diri ini terleka,,kekadang dihalang pelbagai mehnah dan tribulasi,,kekadang nikmat idea tidak dikurniakan…Alhamdulillah dan InsyaAllah di saat 14 Ramadhan ini,ana akan cuba mengisi kekosongan ruangan ini sekadar termampu.

Bismillahirrahmaanirrahiim..
Izinkan ana bercerita tentang pengalaman hamba yang hina ini ketika menjejakkan dua telapak kaki ke daerah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak beberapa tempoh yang lalu.Meskipun tidak sampai 24jam ana di sana,Alhamdulillah jiwa ana terasa sedikit terisi dek keindahan dan aura yang Allah kurniakan kepada pandangan dan jiwa hamba-Nya yang lemah ini ketika berada di sana.
Ana tidak ada rezeki  untuk menjelajah ke seluruh pelusuk daerah UIA itu kerana kekangan masa yang menghantui jiwa ini.Bagi mereka yang telah pun sedia ma’lum tentang persekitaran dan suasana di daerah UIA ini,mohon maaf la andai tersilap kata dalam menghuraikan personaliti UIA Gombak ini dan mohon perbetulkan segala kesalahan yang ada.(^____________^) 
~The Main Entrance~

~Salah satu Entrance Sultan Haji Ahmad shah Mosque~



~Sekilas pandang Selepas Solat Subuh di Sultan haji Ahmad Shah Mosque~


Kelihatan agak suram kan?Biasa laa.Musim cuti.Para mahasiswa kembali bertemu sanak saudara di kampung.(cewah..tau2 je)..Yang tinggal hanyalah para foreigner dan segelintir warga tempatan yang masih ingin mengisi kekosongan jiwa masing2 di bumi UIA Gombak ni.

Berkenaan dengan kemeriahan di masjid ini,ana x berani nak huraikan sepenuhnya kerana musim Ramadhan ini bertandang di kala para siswa dan siswi mengalami tempoh indah iaitu tempoh bercuti sakaann….

~heningnya suatu Pagi~








~ilalliqa` duhai IIUM...(^____^)~

Subhanallah.Ana mohon berundur dulu ye.Andai tersalah kata dan bahasa,ampun dan maaf dipinta,..
Wallahua`laam.
Assalamu`alaikum warahmatullah..
(^_________________________^)


Saturday, 14 May 2011

Ayuh Mengawal...

Assalamu`alaykum wbt...

Hari ini hari Sabtu. Semalam hari Jumaat. Esok InsyaAllah hari Ahad..Alhamdulillah masih lagi bernyawa ye sahabat2...Hari ni ana berhajat untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang potongan hadith yang ana rasekan  sesuai untuk dikongsi  bersama  kalian semua.

Bismillah..
Ayuh kite bersama2 merenung dan menghayati hadith2 ini…

Daripada Abu Hurairah r.a,bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Yang dikatakan orang kuat bukanlah orang yang menang bergulat(begocoh @ bergusti) tetapi yang dikatakan orang kuat adalah orang yang dapat mengendalikan dirinya pada waktu marah”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a ,bahawasanya ada seseorang berkata kepada Nabi SAW,: “Nasihatilah saya”.Baginda bersabda : “Janganlah kamu marah”.Orang itu berkali-kali meminta nasihat daripada Nabi SAW tetapi Nabi SAW tetap menjawabnya: “Janganlah kamu marah”.
(Riwayat Bukhari)

Dengan dua potong hadith ini sahaja kita dapat simpulkan bahawa aspek menahan marah sangat dititikberatkan oleh Pencipta Yang Maha Esa dan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW ..

Allahu Rabbi...

Ehm..Kalau diikutkan pengalaman ana mengenai isu menahan marah ni,fuhh..memang susah nk diungkapkan sebab ana bukanla seorang hamba Allah yang kuat dalam usaha mengawal diri tatkala kemarahan melanda diri..Memang susah nk kawal perasaan marah.Lebih2 lagi bila masalah yang datang tu bertimpa2..

Rasanya dah tiba masa ana buat perunduran diri buat sementara waktu..Marilah sama2 kita berdoa agar ape yang kita hayati sebentar tadi mendapat tempat untuk diterapkan di dalam taman rohani kita.
Amiin…

Friday, 13 May 2011

Hatiku...Hatimu...

Bismillah…
Pohon getah susunya putih,
Sekali dijual dua kali melakar senyuman,
Sebelum mata menjadi letih,
Lebih baik merangka perisian..

Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerane dengan limpah kurnia dan `inayah-Nya,kite sebagai hambe yang hine dine ni masih lagi diberi peluang dan nikmat menjamah keypad@keyboard computer yang berabjad(jike ianya berfaedah),nikmat melihat screen monitor,nikmat menghirup sehirup-hirupnye udare pinjaman Allah SWT,nikmat menganga mulut mempersembahkan gigi,nikmat mendengar gelombang2 bunyi,dan segale nikmat-Nya yang sangat2 mustahil untuk kite bayar dengan ape yang kite pinjam daripada Al-Khaliq Yang Maha Satu..sedorlah..kite hanya buatan tanah yang sangat lemah.Oleh itu,ana berpesan kepada roh dan jasad ana sendiri serta ikhwan dan akhawat sekalian agar mengawal ego masing2 bile bermasyarakat.Ops!lupe..JANGAN SESEKALI LUPE UNTUK MENGAWAL EGO KITE SEMUE BILE BERURUSAN DENGAN TUHAN PENCIPTA ALAM……

Allah..
Beku jugok posen due otok ni mikir nok reke kate2  perisian..mm,,dakpe2,,ana cube,,
 Kawan2,jom renung2  susunan kalimoh indoh ni…

“Daripada Abu Hurairah r.a berkata,Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat bentuk tubuhmu dan tidak pula melihat ketampananmu tetapi Allah melihat HATIMU…”
~Riwayat Muslim~

Ana,Mohd Syukri Azizi Bin Abd Gahani sangat2 yakin bahawa 100% pembace blog ana ni tahu bahase melayu dan masing2 sangat berkemampuan untuk bace potongan hadith di atas.Hadith ni ana petik daripade kitab RiyadhusSalihin Jilid 1 karangan Imam Abu Zakariya,Yahya bin Syaraf An Nawawy a.k.a Imam Nawawi Rahimahullah…..

Ehhem …ana segan nok hurai..so,,same2 la kite menghayati petikan hadith ni seterusnye mengaitkannye dengan keadaan hidup kite sekarang.Sekian…………………..
Ilalliqa’,,,Wassalamullahi`alaykum..!









Thursday, 12 May 2011

Bismillahirrahmaanirrahiim...


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh..

Bongkah di jalan dipindah ke tepian,
Penyu di jaring diselamatkan jua,
Salam’alayk pembuka tirai perkongsian,
Pengharapan memanfaatkan buat semua..


Bismillahirrahmaanirrahiim….

Bila didengarkan kalimah “blog”,hati berkata, “sesuatu yang menarik!”..ape lagi…hujung2 jari semuanya terketar2 kerana apa yang bakal ditekan-tekan nanti adalah keypad laptop untuk mengisi ‘blank’ yang sentiasa wujud dalam 'new post'..walhal,(Biiznillah)..ape yang ditulis nanti bakal dibaca dan diamati para penggemar karya2 penulisan IT(tergolongkah ia..?).ehhem..

AllahuRabbi..........Dengan sejambak bunga segan silu dan sekuntum kata pinta,ana titipkan pengharapan agar para pembaca karya ana(layakkah dipanggil karya?) menegur andai ada kekhilafan atau kebatilan dalam bakal2 penulisan ana ini tidak kira sebesar ikan keli di paya mahupun sekecil  biji Habbatus Sauda’ di taman herba..

Kerjasama antum sekalian ana hadiahkan segugus senyuman Terima Kasih…